Sifat-sifat kimia Kuprum(II) klorida

Kuprum(II) klorida adalah sebatian ionik yang tercerai dalam larutan berair, tetapi koordinatan klorida kepada Cu2+ juga berlaku secara separa. Ini bermakna bahawa larutan pekat CuCl2 berwarna hijau, iaitu hasil gabungan daripada warna biru [Cu(H2O)6]2+ dan warna kuning atau merah daripada kompleks-kompleks halida.

CuCl2 juga bertindak sebagai asid Lewis lemah, contohnya dalam tindak balasnya dengan HCl (atau sumber-sumber klorida yang lain) untuk membentuk ion-ion kompleks CuCl3- dan CuCl42-.

Sesetengah kompleks-kompleks ini boleh diasingkan daripada larutan berair dengan pembentukan hablur, dan hablur-hablur ini terbentuk dalam pelbagai jenis struktur (G/rajah 1).

Kuprum(II) klorida juga membentuk pelbagai jenis kompleks koordinatan dengan ligan seperti piridina atau trifenilfosfin oksida:

CuCl2 + 2 C5H5N → [CuCl2(C5H5N)2] (tetragon)CuCl2 + 2 (C6H5)3P=O → [CuCl2((C6H5)3P=O)2] (tetrahedron)

Akan tetapi, sesetengah ligan-ligan lain seperti fosfin (contohnya, trifenilfosfin) dan juga sebahagian amina tertier boleh menyebabkan penurunan kepada kompleks kuprum(I).

Penurunan kepada kuprum(I) klorida boleh dihasilkan dengan mudah melalui pemanasan CuCl2 pada suhu tinggi (kira-kira 1000 °C):

2 CuCl2(p) → 2 CuCl(p) + Cl2(g)

Akan tetapi, secara amnya adalah lebih mudah untuk menghasilkannya dalam larutan berair, dan menggunakan agen penurunan seperti sulfur dioksida untuk menghasilkan CuCl:

2 CuCl2(ak) + SO2 → 2 CuCl(p) + 2 HCl(ak) + H2SO4(ak)

CuCl2 boleh bertindak sebagai sumber Cu2+ dalam tindak balas mendakan untuk menghasilkan garam-garam kuprum(II) tak larut, contohnya kuprum(II) hidroksida, yang kemudiannya boleh mengurai pada suhu melebihi 30 °C untuk menghasilkan kuprum(II) oksida:

CuCl2(ak) + 2 NaOH(ak) → Cu(OH)2(p) + 2 NaCl(ak)

Kemudian Cu(OH)2(p) → CuO(p) + 2 H2O(ce)

Berkaitan